About Me

Kluang, Johor, Malaysia
Jalan Paloh 86000 Kluang

SEJARAH SEKOLAH

 Atas dasar perihatin penduduk tempatan, mengusulkan ke Pejabat Pendidikan Agama    Daerah. Kemudian atas ihsan Sekolah Kebangsaan Seri Ladang Tereh memberi keizinan supaya bangunannya digunakan bagi Sekolah Agama pada sebelah petang, dengan diberi keizinan menumpang sebuah bilik darjah sahaja.

Kemudian pada tahun 2002, Sekolah Kebangsaan Seri Ladang Tereh mendapat bangunan yang baru, maka bangunan yang sedia ada diberi keizinan sepenuhnya untuk digunakan sebagai aktiviti Sekolah Agama Ladang Tereh. Bangunan yang telah diizinkan sebanyak dua (2) bangunan iaitu satu bangunan mempunyai tiga (3) buah bilik darjah, sebuah bilik guru, pejabat guru besar, stor, bilik air pelajar lelaki, bilik air pelajar perempuan, bilik air guru lelaki, bilik air guru perempuan. Manakala sebuah bangunan lagi adalah bangunan serbaguna.